Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 97

A A A
Alkitab Versi Borneo
1TUHAN bertakhta memerintah, biarlah bumi bergembira;

biarlah pulau-pulau yang banyak bersukacita.

2Awan dan kegelapan mengelilingi-Nya;

perbenarani dan keadilan asas takhta-Nya.

3Api mendahului-Nya

dan membakar musuh-Nya di sekeliling.

4Kilat-Nya menerangi dunia;

bumi melihat dan gementar.

5Gunung-ganang cair seperti lilin kerana kehadiran TUHAN,

kerana kehadiran Tuhan seluruh bumi.

6Seisi langit mengisytiharkan perbenaran-Nya,

dan semua kaum melihat kemuliaan-Nya.

7Biarlah semuanya dimalukan, semua yang melayan patung-patung yang diukir,

yang membanggakan berhala – sembahlah Dia, hai kamu semua, tuhan-tuhan!

8Sion mendengar dan bersukacita

dan anak-anak perempuan Yehuda bergembira dengan penghakiman-Mu, ya TUHAN.

9Kerana Engkau, ya TUHAN, Maha Tinggi di atas seluruh bumi;

Engkau ditinggikan jauh di atas semua tuhan.

10Kamu yang kasih akan TUHAN, bencilah kejahatan,

Dia memelihara jiwa umat-Nya yang warak.

Dia melepaskan mereka daripada tangan orang zalim.

11Cahaya disemai untuk orang yang benar

dan sukacita untuk yang tulus hati.

12Bergembiralah kerana TUHAN, hai kamu yang benar,

dan ucaplah syukur ketika mengingati nama-Nya yang suci.